Friday, November 28, 2008

For those who would like to learn more Bahasa Melayu

The Malay language is the simplest language to acquire and master. You can read Bahasa Melayu base on the syllable, similar to German Language. Contact me to know more

Monday, November 24, 2008

Wednesday, November 5, 2008

Bahasa Lama

Pernahkah anda fikirkan secara analatikal. Cuba bezakan perkataan berikut:
1. Bedanoq
2. Belutin
3. Belemouih
Perkataan-perkataan di atas menggambarkan kekotoran pada anggota badan. Setiap kata itu digunakan untuk kekotoran pada bahagian-bahagian tertentu........siapa boleh komen.

Tuesday, November 4, 2008

Bahasa Kita

Bahasa kita amat kaya. Bahasa kita telah lama dipertuturkan lebih-lebih lagi bahasa kolokial. Sayangnya generasi X tidak tahu lagi menggunakan bahasa yang menjadi alat komunikasi orang tua-tua. kalau orang tua-tua mencuri-curi dengar perbualan anak muda, pasti dahi mereka berkerut kerana tidak dapat memahami sepenuhnya perkara yang dibualkan. Begitulah sebaliknya. Kanak-kanak yang lahir pada tahun 50-ah dan 60-an bermain permainan tradisional dan merayau segenap pelusuk kampung mencari buah kayu. kanak-kanak generasi X bermain permainan digital dan merayau di pusat beli belah. Justeru bahasa yang digunakan pasti berbeza kerana dipengaruhi persekitaran.
Indahnya bahasa kolokial namun sayangnya tidak ada sebarang usaha untuk mendaftar bahasa tersebut kerana dianggap tidak standard. Blog ini akan saya gunakan untuk membincangkan bahasa kolokial. Di samping itu, saya berhajat untuk membantu murid sekolah rendah mempelajari bahasa Melayu. Sesiapa sahaj dijemput untuk memberikan pandangan. Terima kasih